Kamis, 16 Desember 2010

Ibnu Rushd - Ahli Falsafah

Ketika umat Eropah Kristian sedang berada dalam serba kegelapan dan kejahilan di abad-abad pertengahan, di negeri Sepanyol yang ketika itu dalam pelukan sinar kebudayaan. Islam yang gemilang telah melahirkan seorang putera Islam yang kelak tumbuh sebagai seorang jaguh falsafah yang setanding kewibawaannya dengan pujangga Aristotle. Beliau menjadi bukti yang nyata bahawa pusaka tamadun dan kemajuan ilmu pengetahuan barat itu bukanlah hasil mutlak dari dunia barat itu sendiri malah tidak sedikit yang mengalir dari taman peradapan gemilang Islam.

Kaum intelektual Islam di zaman keagungan empayer Islam yang cemerlang telah memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dunia barat, dan di antara tokoh-tokoh Islam yang tidak dapat di lupai jasa dan sumbangannya oleh dunia barat ialah Ibnu Rushd atau lebih di kenali di Barat dengan nama "Averroes". Beliau adalah ahli falsafah, ahli perubatan dan ahli perundangan Islam yang hebat.

Ibnu Rushd lahir pada tahun 520 Hijrah bersamaan 1126 Masehi di kota Cordova di Tanah Andalusia atau Sepanyol yang merupakan salah satu pusat kebudayaan Islam yang terkenal dalam lembaran sejarah kemajuan ilmu pengetahuan. Satu bandar kebudayaan dan pegetahuan yang sejajar dengan bandar-bandar pengetahuan yang lain seperti kota Athens, Iskandariah mahupun Baghdad.

Ibnu Rushd datangnya dari keluarga kaum terpelajar dan keturunan ahli-ahli perundangan Islam yang mahsyur dan tersohor. Datuknya adalah hakim besar di Andalusia sedang ayahnya juga seorang hakim yang terkemuka. Beliau hidup sezaman dengan tokoh-tokoh falsafah Islam yang lain seperti Ibnu Tufail dan Ibnu Zuhr.

Nama sebenar Ibnu Rushd ialah Abu Al Walid Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Ahmad Bin Rushd dan orang ramai lebih suka memanggilnya dengan gelaran "Pendita Abu Al Walid". Ibnu Rushd dibesarkan di kota Cordova dan di sanalah beliau mempelajari ilmu perundangan Islam dan ilmu perubatan. Pada tahun 1169 beliau telah di lantik sebagai Hakim di kota Seville dan kemudiannya menjadi hakim di kota Cordova sendiri. Beliau adalah seorang yang sangat rajin membaca, mengkaji dan mengarang. Tidak ada malam yang pernah kosong dari kegiatan mengkaji dan menggali telaga ilmu.

Ibnu Rushd telah di tugaskan oleh Khalifah Abu Yaakob untuk mengkaji dan menyaringkan hasil pemikiran ahli falsafah Yunani Tua iaitu Aristotle dan melalui usaha-usaha beliau telah mendalami pengajian ilmu falsafah. Ibnu Rushd adalah seorang yang suka hidup sederhana dan bersahaja tanpa mempedulikan tentang pakaian, harta benda atau masa hadapannya. Walaupun begitu sifatnya sangat pemurah sekalipun kepada orang-orang yang pernah ?memusuhi atau menghina dirinya. Demikian satu daripada ?ciri-ciri kebaikannya.

Selain dari itu beliau juga terkenal seorang yang sangat rendah diri terutama kepada orang-orang yang miskin. ?Sebaliknya beliau seorang yang sangat mengambil tentang harga dan maruah dirinya dan pantang merendah diri kepada orang-orang yang berpangkat besar. Beliau hanya menggunakan kata-kata "Saudaraku" kepada rajanya bukannya bahasa perbahasan raja-raja yang sebagaimana biasa yang digunakan oleh orang-orang yang lain. Sikapnya yang tegas dan mengeluarkan pendapat yang bernas menyebabkan ia tidak disukai oleh raja tambahan pula hasutan-hasutan musuhnya yang cemburukan ?kedudukannya telah menjadi antara lain sebab-sebab yang menyebabkan beliau disingkir dari jawatannya. Kemudian beliau terpaksa hidup menderita dalam buangan. Sebahagian daripada kitab-kitab karangannya telah dibakar dalam peristiwa itu tetapi tidak lama sebelum meninggalnya telah mendapat pengampunan Diraja yang akhirnya menginsafi pendiriannya yang benar.

Ketika bertugas sebagai hakim, beliau tidak begitu ?senang dengan hukuman-hukuman mati. Kalau ada orang yang pasti dikenakannya hukuman mati, dia lebih ' menyerahkan perkara itu kepada para timbalannya supaya dipertimbangkan dengan sehalus-halusnya. Beliaulah tempat tumpuan bertanya dari para hakim Andalusia dan Maghribi sedangkan usianya ketika itu baru sahaja menjangkau umur 35 tahun. Di hari-hari mudanya beliau juga menaruh minat dalam menggubah sajak-sajak percintaan, tetapi setelah beliau menjadi hakim dan menjadi tokoh intelektual yang terbilang, maka sajak-sajaknya itu telah dibakar .Walaupun demikian, beliau amat gemar menghafal sajak-sajak yang baik daripada para penyair besar Arab.

Ibnu Rushd telah meninggalkan hasil-hasil pemerahan jiwanya yang sangat besar dalam bidang ilmu falsafah terutama falsafah Aristotle, lapangan ilmu perubatan dan lapangan perundangan Islam. Kebanyakan karya-karyanya mengenai falsafah dan perubatan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Hebrew. Tetapi banyak karya-karyanya yang asli telah hilang dan yang tinggal hanya terjemahan-terjemahannya sahaja yang sampai kini masih ada tersimpan di kutub khanah Switzerland, Perancis dansepanyol.

Dunia barat bukan sahaja memandang dengan kekaguman tetapi telah menerima hasil-hasil karya beliau sebagai buku-buku teks di beberapa buah Universiti barat dan menjadi sumber-sumber kajian yang penting kepada orang-orang Eropah di abad-abad pertengahan. Di abad ketiga-belas dan selepasnya, setiap orang yang terpelajar di Eropah tetap mengenali nama Ibnu Rushd. Penyair agung bangsa Itali iaitu Dante telah menyebut nama Ibnu Rushd Jam karyanya yang berjudul, "Divine Comedy".

Semua mazhab-mazhab falsafah yang tumbuh di Eropah dapatlah dihubungkan secara dekat atau jauh kepada asas-asas pengajaran falsafah Ibnu Rushd. Sesetengah pemikiran falsafahnya boleh dikatakan selaras atau hampir selari dengan pemikiran ahli-ahli falsafah di zaman moden seperti Hume, William James dan Meyerson. Ibnu Rushd adalah dianggap seorang ahli falsafah Islam yang pertama mendapat peminat-peminat dan pengikut-pengikut yang ramai dari pemeluk-pemeluk tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Ahli falsafah yang agung dari dunia Islam ini telah mengakhiri hayatnya pada malam Khamis 6 Rabiulawal tahun 595 Hijrah setelah menjalani hidup yang pahit getir dalam penyingkiran dan pembuangan dan selepas sebentar nemperoleh pengampunan Diraja. Padamlah sudah lampu yang menyinari ufuk-ufuk pemikiran falsafah timur dan barat, tetapi roh dan pemikirannya tetap hidup bersemarak selama ada ilmu falsafah di dunia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar